fbpx

Joe Biden dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO ucapan Biden yang dilihat menerusi telefon bimbit telah dimuat naik dalam Twitter semalam. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan masih berasa sihat walaupun selepas White House mengumumkan beliau positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pegawai-pegawai White House mengetepikan soalan tentang lokasi Biden dijangiti Covid-19 dengan berkata, perkara itu tidak penting. 

Bagaimanapun, mereka sibuk menjelaskan bila Biden mula menunjukkan simptom dan sama ada Presiden AS itu mematuhi panduan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengenai prosedur kuarantin kendiri.

Dalam rakaman video yang disiarkan di laman Twitter, Biden yang berusia 79 tahun cuba meyakinkan bahawa keadaan akan menjadi baik-baik sahaja.

“Hai semua, saya rasa anda dengar: Pagi ini saya positif ujian Covid-19. Namun, saya telah menerima dua dos penggalak. Simptomnya ringan dan saya sangat menghargai pertanyaan dan kebimbangan anda.

“Saya baik-baik sahaja dan banyak kerja perlu diuruskan. Saya akan terus menyelesaikannya dan sementara itu, terima kasih atas keprihatinan anda. Ia akan baik-baik sahaja,” katanya.

Pegawai-pegawai Biden memaklumkan bahawa beliau bersemangat, bekerja keras dan tiada sebab untuk dibimbangkan walaupun usianya sudah lanjut.

Biden terpaksa membatalkan perjalanan yang dirancang ke Pennsylvania di mana dia sepatutunya membuat pengumuman mengenai peningkatan dana untuk polis selepas disahkan positif Covid-19. 

Presiden berkenaan terpaksa mengasingkan diri daripada Wanita Pertama AS, Jill Biden sehingga diuji negatif. Saringan terhadap Jill bagaimanapun mendapati beliau negatif Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI