fbpx

Lebih 800 peserta festival Odori dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENARI membuat persembahan semasa festival Awa Odori di Tokushima pada 15 Ogos 2017. - AFP

TOKYO – Lebih 800 penari dan peserta yang mengambil bahagian dalam satu festival tarian pertengahan musim panas yang popular di barat Jepun disahkan positif Covid-19, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK) semalam.

Festival Awa Odori yang diadakan di bandar Tokushima yang merupakan ibu negeri wilayah Tokushima pada asalnya, adalah sejenis tarian penganut agama Buddha dan menjadi salah satu acara musim panas paling popular di Jepun.

Pesta tarian itu telah diadakan di jalan-jalan di Tokushima, Pulau Shikoku bermula dari 12 hingga 15 Ogos lalu. 

Ia berlangsung pada skala penuh buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dengan kumpulan penari mahir membuat persembahan dan ramai pelancong datang dari luar wilayah Tokushima untuk menyertai perarakan.

Susulan mesyuarat jawatankuasa penganjur pada Khamis lalu, keputusan tinjauan berkaitan Covid-19 terhadap 123 kumpulan tarian telah dilaporkan. Kumpulan-kumpulan tersebut telah mengambil bahagian dalam perayaan tahun ini.

Kaji selidik menunjukkan bahawa berdasarkan 86 kumpulan yang bertindak balas termasuk melakukan ujian saringan, seramai 819 penari disahkan dijangkiti Covid-19 antara 11 hingga 25 Ogos lalu, termasuk semasa tempoh perayaan.

Daripada 86 kumpulan itu, seramai 3,425 orang dianggarkan mengambil bahagian dalam festival tersebut. Ini bermakna kira-kira satu perempat daripada ahli kumpulan itu positif Covid-19.

Dalam mesyuarat jawatankuasa itu, beberapa ahli panel mengemukakan soalan mengenai penguatkuasaan protokol Covid-19 semasa festival. Mereka meminta tinjauan yang lebih terperinci untuk mempersiapkan acara itu pada tahun hadapan dan seterusnya.

Panel itu merancang untuk mengkaji semula pengalaman tahun ini selain menyelidiki langkah pencegahan virus dan kaedah penganjuran untuk perayaan pada tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI