fbpx

Ibu Khai Bahar masuk ICU, tak sedarkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU Khai Bahar dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat masalah kegagalan buah pinggang.

PETALING JAYA – “Mohon doakan ibu saya.”

Demikian hantaran ringkas penyanyi Khai Bahar meminta doa orang ramai buat ibunya, Rosnah Muhammad, 61, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kegagalan fungsi buah pinggang sejak minggu lalu.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, ibunya masih belum sedarkan diri dan memerlukan pemantauan rapi hingga ke saat ini.

“Mak masih di ICU sejak Rabu lagi. Dia belum sedarkan diri. Mak memang ada masalah buah pinggang sudah lama, tapi dia tidak buat dialisis.

“Mak jenis yang takut nak ke hospital, cuma baru-baru ini keadaannya teruk dan itu yang terus bawa ke hospital. Ini kali pertama mak dimasukkan ke hospital,” katanya.

Tambah pelantun lagu Luluh itu lagi, doktor memaklumkan ibunya perlu menjalani rawatan dialisis hingga keadaan kembali stabil.

“Saya dan adik-beradik lain dimaklumkan doktor yang mak kena buat dialisis hingga dia stabil dan sedarkan diri.

“Buat masa sekarang mak di ICU, jadi tidak ada sesiapa yang boleh teman. Namun, kami bergilir-gilir tunggu di hospital sebab senang untuk dapatkan apa-apa maklumat terkini daripada doktor yang merawat.

“Nanti kalau mak dah mula buat dialisis baru kami boleh teman dan jaga. Sepanjang minggu ini, saya tangguhkan dulu semua kerja,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan artis mendoakan agar kesihatan ibu penyanyi berusia 28 tahun itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Semoga Allah angkat penyakit ibu Khai dan dapat kembali hidup sihat seperti biasa.

“Jangan sesekali putus doa buat ibu. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesembuhan buat ibu awak yang kini diberi ujian,” tulis netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI