fbpx

Lebih 32 juta individu sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

PETALING JAYA – Seramai 32,212,527 individu telah menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, daripada jumlah itu, seramai 79.6 peratus atau 18,631,583 individu telah menerima satu dos suntikan, manakala 58.0 peratus atau 13,580,934 individu pula lengkap suntikan vaksin dos kedua.

Menurutanya, seramai 420,164 individu pula telah menerima suntikan dos vaksin semalam.

“Ini menunjukkan bahawa kadar peratusan pengambilan vaksin di negara semakin meningkat dan amat memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI