fbpx

Arab Saudi lulus vaksin Sinovac, Sinopharm untuk rakyatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan menyuntik vaksin kepada seorang lelaki di Riyadh 4 Mac lalu. -AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm untuk rakyat negara itu, lapor akhbar Arab News semalam.

Buat masa ini, terdapat empat jenis vaksin yang diluluskan kerajaan negara itu iaitu AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, individu yang telah melengkapkan program vaksinasi dengan vaksin jenis Sinopharm atau Sinovac boleh memasuki negara itu sekiranya mereka menerima satu dos suntikan penggalak daripada senarai vaksin yang sudah diluluskan kerajaan negara itu.

Setakat ini, Arab Saudi telah memberi vaksinasi kepada lebih 34.6 juta penduduknya, di mana 1.5 juta daripadanya merupakan warga emas.

Kementerian Kesihatannya turut mengumumkan lebih 13 juta daripada populasi negara itu sudah menerima dua dos vaksin.

Dengan kadar vaksinasi ketika ini, negara itu dijangka mampu memvaksin 70 peratus daripada populasinya menjelang 9 Oktober depan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI