fbpx

Polis buru suspek bergaduh guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari sebuah video berdurasi satu minit 22 saat yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam satu kejadian pergaduhan di Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Setapak Jaya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di media sosial hari ini.

“Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 7 pagi di parkir kawasan perumahan tersebut.

“Dalam kejadian ini, suspek merupakan enam lelaki dipercayai warga tempatan bersenjatakan mangga kunci, topi keledar dan pisau telah memukul dua lelaki di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian itu telah dirakam penduduk di kawasan perumahan tersebut sebelum ditularkan di media sosial.

“Pihak polis masih berusaha untuk mengesan suspek yang masih bebas dan kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Emilia Jamil di talian 016-2479017 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan S. Gopal di talian 012-5120242. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI