fbpx

Pindah arak seludup di parkir flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Pelabuhan Klang menunjukkan arak seludup yang dirampas di parkir sebuah flat di Shah Alam.

KLANG – Kegiatan dua lelaki menjadikan kawasan tapak meletakkan kenderaan sebuah flat kos rendah di Shah Alam dekat sini sebagai lokasi pemindahan arak seludup terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa semalam.

Dalam serbuan pukul 10.30 pagi, kedua-dua suspek berusia 23 dan 39 tahun itu ditahan bersama 467 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM 5,550.69 termasuk cukai.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, pembongkaran itu hasil pemantauan unit risikan marin PPM Pelabuhan Klang yang menjalankan tugas Ops Landai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati dua suspek dalam keadaan mencurigakan sedang memunggah kotak daripada van jenis Toyota Hiace ke dua buah kereta masing-masing jenis Proton Iswara dan Nissan Sentra.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenama minuman keras tidak bercukai seperti jenama Mc Dowell’s, Club 99 Whisky, Royal Dutch dan Louis Martin di kesemua kenderaan tersebut.

“Siasatan mendapati mereka dipercayai aktif sejak sebulan lalu untuk pasaran tempatan dengan menumpukan pembeli dalam kalangan warga asing,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil rampasan termasuk kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM 100,550.69 .

Samsol menjelaskan, kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI