fbpx

MR D.I.Y. sumbang PPE bernilai RM432,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil MR D.I.Y. menyerahkan sumbangan kepada wakil petugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, telah  menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai lebih RM432,000 kepada 136 pusat perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecemasan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, inisiatif yang dijalankan bersama Malaysia Relief Agency (MRA) adalah sebahagian daripada usaha berterusan peruncit tersebut untuk memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, dalam program tersebut, PPE tersebut disalurkan oleh rangkaian logistik milik MR D.I.Y kepada ibu pejabat polis daerah (IPD), klinik kesihatan dan pusat kuarantin terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi melancarkan proses tersebut, MRA telah membantu mengenal pasti perkhidmatan yang paling memerlukan bantuan dan akan turut mengatur pengedaran peralatan tersebut di Sabah dan Sarawak.

“Program ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang ke-62 bagi Kumpulan MR D.I.Y sejak pandemik ini bermula pada awal tahun 2020.

“Dalam tempoh satu tahun setengah ini, kami telah memanfaatkan hubungan dengan pengilang tempatan dan global, rakan kongsi logistik antarabangsa, dan rangkaian penghantaran seluruh negara untuk memastikan bekalan barangan keperluan disalurkan kepada para petugas barisan hadapan untuk penjagaan kesihatan, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan komuniti yang terjejas di seluruh negara.

“Antara barangan yang disumbangkan adalah erti PPE, pelitup muka, pelindung muka, apron pakai buang dan pensanitasi tangan,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, Ong menjelaskan, program tersebut telah merangkumi pelbagai inisiatif berbeza termasuk membekalkan PPE kepada para petugas barisan hadapan, membuat penghantaran melalui udara untuk kelengkapan kecemasan ke Sabah apabila negeri tersebut mengalami lonjakan kes.

Selain itu, syarikat juga  membekalkan penghadang perlindungan ke kaunter balai polis, mendermakan tangki oksigen kepada komuniti yang memerlukan dan juga  menyumbangkan pek bantuan makanan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI