fbpx

MR D.I.Y. syarikat terurus terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONG menunjukkan Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia yang diterima syarikat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Peruncit pembaikan kediaman terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) merupakan salah satu daripada empat syarikat yang menerima Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat swasta tempatan dengan pendapatan tahunan melebihi AS$25 juta (RM103 juta) atas kecemerlangan organisasi dan sumbangan mereka terhadap industri serta ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, sebagai sebuah syarikat yang rela­tifnya masih muda pada usia 16 tahun, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan ber­kenaan di samping syarikat dan jenama terkenal serta dihormati.

Tambah beliau, kejayaan tersebut tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dua kumpulan terpenting bagi syarikat, iaitu 12,000 tenaga kerja MR D.I.Y. dan pelanggan yang telah memberi sokongan padu sejak penubuhan kedai pertamanya pada 2005.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas penat lelah mereka dalam menunaikan janji syarikat untuk menawarkan produk mampu milik di lokasi yang mudah untuk diakses.

“Begitu juga kepada pelanggan yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi sehinggalah kami dapat berkembang kepada 827 buah kedai di seluruh negara.

“MR D.I.Y akan berusaha untuk kekal relevan dalam meme­nuhi keperluan masyarakat dan menyediakan nilai terbaik untuk wang mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Malaysia Deloitte Private adalah sebahagian daripada Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Global Deloitte.

Ia menggunakan proses penilaian terbukti untuk mengukur kualiti pengurusan perniagaan dalam bidang termasuk strategi, kemampuan dan inovasi, budaya dan komitmen, tadbir urus serta kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI