fbpx

MR D.I.Y. sumbang RM300 kepada 15,000 penuntut UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR D.I.Y. akan menyumbang RM300 kepada hampir 15,000 penuntut Universiti Malaya (UM) menerusi program #DIY4UM de­ngan usaha sama Touch ‘n Go yang melibatkan bantuan tunai RM4.5 juta.

Bantuan tunai itu akan diberikan melalui Touch ‘n Go eWallet dalam tiga kali bayaran iaitu sebanyak RM100 pada 1 dan 30 November diikuti 30 ­Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, program tersebut bertujuan membantu penuntut membuat persiapan untuk kembali ke kampus.

“Pelajar akan dapat mempersiapkan diri dengan bara­ngan keperluan pembelajaran serta peralatan perlindungan Covid-19.

“Mereka juga boleh mendapatkan pelbagai barangan alat tulis di cawangan MR D.I.Y. serta platform online dengan menggunakan kredit tunai yang diberikan.

“Kami percaya amat pen­ting untuk kita memastikan golongan ini dibekalkan dengan barangan keperluan dan perlin­dungan diri mencukupi supaya mereka kekal selamat memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua penuntut UM yang merupakan rakyat Malaysia dan belum miliki ijazah la­yak menerima bantuan tersebut.

Mereka hanya perlu mendaftar secara online melalui portal maya UM bermula 3 Oktober ini untuk membuktikan mereka mempunyai e-dompet Touch ‘n Go yang sah.

Inisiatif #DIY4UM adalah siri usaha sama terkini antara MR D.I.Y. dan UM.

MR D.I.Y. sebelum ini telah bekerjasama dengan UM dan Kementerian Pendidikan selama empat tahun menerusi peraduan DIY Made Simple di bawah Pusat Komuniti dan Kelestarian UM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI