fbpx

Pengguna Touch ‘n Go RFID dijangka cecah 4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (dua dari kanan) ketika merasmikan Jelajah Trak Bergerak Touch 'n Go RFID Penang di Royale Chulan Penang, hari ini.

GEORGE TOWN – Pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID dijangka mencecah empat juta orang pada penghujung tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn. Bhd., S. Praba berkata, setakat ini pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID telah mencapai tiga juta orang di seluruh negara dan penggunaannya dijangka meningkat sejajar dengan era digitalisasi pada masa ini.

“Setakat sekarang kita ada tiga juta pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID, dan kita jangka boleh tambah satu juta pengguna lagi dalam tempoh setahun.

“Ia menjadikan empat juta pengguna Touch ‘n Go RFID menjelang hujung tahun 2024,” katanya selepas melancarkan kempen Touch n Go Walau Eh Just in Penang di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Menurut Praba, penggunaan Touch ‘n Go RFID semakin ketara pada masa ini selepas masalah-masalah teknikal berjaya diselesaikan dan penggunaannya juga lancar.

”Kita juga akan terus berbincang dengan pihak kerajaan serta syarikat konsesi untuk bekerjasama bagi menambah lorong penggunaan Touch ‘n Go RFID,” katanya.

Dalam pada itu, Praba berkata, menerusi kempen Touch n Go Walau Eh Just in Penang, pihaknya menumpukan perhatian untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat di negeri ini bagi meningkatkan lagi penggunaan Touch ‘n Go RFID.

Katanya, Pulau Pinang dipilih menjadi lokasi pertama kempen tersebut dilancarkan kerana penggunaan Touch ‘n Go RFID di negeri ini dicatatkan paling tinggi.

“Purata peratusan penggunaan di seluruh negara adalah 20 peratus dan kami nampak pengguna Touch ‘n Go RFID di Pulau Pinang adalah tinggi iaitu sekitar 26 hingga 28 peratus.

“Jadi kita mahu tingkatkan lagi jumlah pengguna sejajar dengan inisiatif Penang Digital,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI