fbpx

Leverkusen ada ‘magis’ tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEVERKUSEN sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada lewat permainan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. - AFP

LEVERKUSEN – Juara Bundesliga, Bayer Leverkusen meneruskan aksi magis musim ini apabila terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang VfB Stuttgart di BayArena awal pagi semalam.

Lebih menakjubkan, mereka menjaringkan gol penyamaan menerusi Robert Andrich pada masa kecederaan di mana pasukan pelawat sudah pun berkira-kira untuk meleburkan rekod tanpa kalah Leverkusen musim ini.

Jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso tanpa berselindung mengakui bingung dengan kemampuan pasukannya untuk bangkit pada penghujung permainan memandangkan ia kerap terjadi sepanjang kempen 2023/24.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dalam saingan bola sepak, ia boleh dianggap seperti magis. Satu perkara yang sukar untuk diperkatakan, namun inilah kemampuan yang ada pada kami.

“Sudah tentu saya gembira walaupun hanya mengutip satu mata. Bagi saya, aksi hari ini (semalam) menjadi pemanas badan untuk kami berdepan AS Roma pada saingan Liga Europa nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali Stuttgart, Sebastian Hoeness menyuarakan rasa kecewa terhadap mutu pengadilan berhubung masa tambahan serta sepakan percuma yang menjadi punca kepada gol penyamaan.

“Pada awalnya, tambahan masa hanya empat minit dan secara tiba-tiba ia menjadi lima minit. Selain itu, saya percaya sepakan percuma yang menjurus kepada gol penyamaan tidak sepatutnya diberikan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI