fbpx

Kadar air Pulau Pinang dikawal Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan, agensi itu mengebil perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang berdasarkan peraturan kadar air yang ditetapkan Kerajaan Pusat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, K. Pathmanathan berkata, Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) (Negeri Pulau Pinang) (Pindaan) 2024 adalah peraturan Kerajaan Pusat, bukannya peraturan PBAPP atau kerajaan negeri.

”Sejak 2011, apabila Pulau Pinang berhijrah ke Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (NWSIRI), PBAPP terpaksa mematuhi peraturan Kerajaan Pusat sebagai operator bekalan air berlesen,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, rata-rata pengguna air di negeri ini meluahkan rasa kesal di media sosial apabila bil air didapati meningkat selepas pelaksanaan tarif baharu pada Februari lalu.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, kadar air telah disemak serentak di 10 negeri yang lain dan Wilayah Persekutuan, bukan sahaja di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI