fbpx

Kutipan tol Plaza Alam Damai, Suke bermula tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plaza Tol Alam Damai.

PETALING JAYA – Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (Suke) akan bermula pada pukul 12.01 tengah malam ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam kenyataannya berkata, kadar tol di Plaza Alam Damai adalah sama seperti dilaksanakan di dua lagi plaza tol Lebuh Raya Suke iaitu Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang.

Menurutnya, kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan Frekuensi Radio (RFID).

“Sehubungan itu, pengguna disaran agar memastikan baki kad Touch ‘n Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuh Raya Suke.

“Pihak syarikat berterima kasih atas sokongan dan maklum balas yang diterima serta berharap akan meraih sokongan berterusan daripada pengguna untuk fasa operasi selanjutnya,” katanya.

Bermula 16 hingga 29 Jun ini, pengguna menikmati tol percuma selama dua minggu sempena pembukaan Fasa 2 Lebuh Raya Suke.

Fasa 2 Lebuh Raya Suke dari Sri Petaling ke Cheras, Kajang dibuka pada 16 Jun lalu, manakala Fasa 1 merangkumi jajaran dari Cheras Kajang ke Ulu Kelang pula dibuka sejak 16 September 2022.

Kini kesemua 24.4 kilometer jajaran utama Lebuh Raya Suke telah beroperasi sepenuhnya.

Sementara itu, Fasa 3 melibatkan Persimpangan Alam Damai pula masih dalam pembinaan dan dijangka dibuka dalam suku ketiga tahun ini.

Lebuh Raya Suke merupakan salah satu daripada enam lebuh raya kendalian Prolintas selaku pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi Suke hotline di talian 1-800-22-8888. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI