fbpx

Dakwa Finas seleweng dana, penerbit buat laporan polis, SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASRI menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Finas.

PETALING JAYA – Isu ketelusan pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terus menjadi polemik dalam kalangan penggiat industri kreatif.

Terbaharu, penerbit juga pengarah drama, Mohd Asri Alias tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis susulan mengesyaki berlakunya penyelewengan DKP oleh pucuk pimpinan Finas.

Kata Asri, Finas bertegas bahawa agihan DKD akan dibuat secara telus, tanpa pilih kasih mahupun kronisme, namun apa yang berlaku sebaliknya, Asri juga mendakwa wujud ketirisan pengagihan DKD dalam kategori Filem Cereka berjumlah RM40. 5 juta kepada 60 syarikat produksi yang disenaraikan Finas apabila ada dalam kalangan pemilik syarikat berkenaan mempunyai pertalian dengan pucuk pimpinan di perbadanan berkenaan.

“Jumaat lalu, saya telah membuat laporan polis dan SPRM. Saya membuat kenyataan media ini dan laporan polis serta SPRM bagi melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemain industri kreatif dan juga sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara tercinta.

“Finas dalam sebuah akhbar menyatakan pemilihan penerima DKD telus, mengikut merit tanpa pilih kasih atau kronisme namun pada masa sama menyenaraikan Alfanazra Productions Sdn Bhd di mana pengarahnya, Ahmad Sabri dan Ahmad Khalid adalah adik beradik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

“Saya mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan telah berlaku iaitu ‘conflict of interests’ melibatkan syarikat itu dengan CEO perbadanan berberkenaan,” katanya menerusi sidang media virtual, semalam.

Laporan dibuat berdasarkan Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) bersama Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Finas) mengikut Seksyen 12.

Tambah Mohd Asri yang aktif menerbitkan drama sejak 2013, tindakan berani tersebut juga dibuat bagi menyahut cabaran penerbit Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir yang menggesanya mengajukan perkara berkenaan kepada polis dan SPRM.

“Setelah menerima cabaran daripada penerbit rumah penerbitan Kuasatek Picture menerusi kenyataannya dalam Facebook bertarikh 6 Julai 2021 yang menyebut ‘Kalau yakin sangat dengan persepsi kamu salah guna kuasa, buatlah laporan agar siasatan dijalankan’.

“Saya juga dapati pada 24 November 2020 jumlah pemberian dana bernilai RM13,381,000 diberikan kepada 99 syarikat termasuk dua syarikat milik ahli perbadanan iaitu Red Communications Sdn. Bhd bawah Lina Tan Suan Jeu serta Veedu Production Sdn Bhd kepunyaan Denes Kumar Ragupathy.

Tambah Asri yang juga ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), kedua-dua laporan berkenaan dibuat atas kapasiti individu, bukan mewakili persatuan memandangkan permohonan dana DKD sebelum ini diajukan bawah syarikatnya.

Katanya, dia pernah menyuarakan persoalan mengenai kegagalan syarikatnya memperoleh dana tersebut kepada Pengerusi Finas sendiri, Zakaria Abdul Hamid sewaktu bertemu dalam sebuah majlis di Melaka sebelum ini.

Dia dimaklumkan punca tidak disenarai dalam sesi permohonan dana itu adalah disebabkan, syarikat miliknya tiada pengalaman dalam penghasilan filem.

Ulas pengarah itu lagi, borang syarat kelayakan serta kriteria permohonan dana berkenaan tidak meletakkan satu klausa yang mengatakan pemohonan dana DKD itu hanya dibuka kepada mereka yang berpengalaman dalam penerbitan filem. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI