fbpx
Gambar hiasan.

2 kertas siasatan berkait Azam Baki bakal diserah kepada AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua kertas siasatan yang mengaitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya selesai merakam percakapan Azam mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, rakaman percakapan itu berkaitan dua kertas siasatan iaitu penerbitan artikel oleh Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah mengenai pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad.

“Selain itu, ia membabitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang individu awam bernama Albert Tei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan, Azam mengesahkan telah memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman, hari ini.

Difahamkan, Azam meluangkan hampir dua jam menjawab soalan dikemukakan oleh penyiasat dari JSJ Bukit Aman.

Azam berkata, beliau memberikan kerjasama penuh kepada proses itu, namun menafikan semua dakwaan yang buat oleh Albert Tei terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN