fbpx

Ardern yakin ‘Sifar Covid’ masih berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang memakai pelitup muka ketika berjalan di bandar Wellington yang lengang akibat perintah berkurung seluruh New Zealand pada 18 Ogos lalu. - AFP

AUCKLAND – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mempertahankan dasar ‘Sifar Covid’ yang dilaksanakan sejak permulaan pandemik awal tahun lalu bagi membendung gelombang baharu koronavirus, lapor akhbar The Nation Thailand, semalam.

Meskipun negara jiran, Australia sudah mengumumkan pembubaran dasar tersebut sebaik sahaja kadar vaksinasi mencapai 70 peratus, Ardern yakin ia akan berhasil buat kali kedua.

“Buat masa sekarang, strategi menghapuskan penularan sepenuhnya adalah yang terbaik buat New Zealand. Ia berkesan sebelum ini dan saya yakin, ia akan membuahkan hasil sama sekarang.

“Kita cuma perlu menyesuaikan diri dengan varian Delta yang lebih mudah merebak dan terus-menerus belajar bagaimana hendak menjayakan dasar ‘Sifat Covis’ sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar kelmarin.

Menerusi sidang akhbar sama, Ardern mengumumkan lanjutan perintah berkurung tahap empat  sekali gus tertinggi di seluruh New Zealand sehingga 27 Ogos ini, manakala tambahan empat hari hingga 31 Ogos bagi ibu negara, Auckland.

Menurut Ardern, kabinet memutuskan lanjutan itu bagi memberi ruang kepada petugas Covid-19 mengumpul maklumat berkenaan penularan baharu itu dan enggan mengambil apa-apa risiko berkaitan varian Delta.

Berbeza dengan China yang turut melaksanakan dasar ‘Sifar Covid’, New Zealand dan Australia adalah antara negara dengan kadar vaksinasi terendah di dunia sekali gus menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan varian Delta.

Menurut Pengesan Vaksin Bloomberg, hanya 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Australia dan 24 peratus daripada populasi rakyat New Zealand sudah mendapat pelalian  penuh.

Pelan penghapusan kes Covid-19 di New Zealand sekarang  dilihat tidak memberi impak sama seperti sebelumnya akibat varian Delta, berpunca daripada individu  yang mempunyai sejarah perjalanan ke New South Wales, Australia.

Namun begitu, Ardern berkata, anggaran awal menunjukkan purata kadar penularan semasa tempatan bagi setiap kes positif ialah sekitar enam orang atau lebih.

“Kita memerlukan purata kosong untuk membasmi virus ini jadi jalan keluar kita masih cerah,” tegasnya.

Setakat ini, terdapat lebih dari 320 lokasi di bawah pengawasan kerajaan dan lebih daripada 13,000 kontak rapat kes positif telah dikesan. 

Kebanyakan kes hanya dikesan di Auckland dan Wellington tetapi pesakit dilaporkan mempunyai kontak rapat di pelbagai lokasi di seluruh negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI