fbpx

Remy, Ezza dapat hadiah daripada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Remy di Instagram selepas menerima hadiah daripada Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah

PETALING JAYA- Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah perkahwinan paling bermakna dalam hidup mereka apabila mendapat kiriman khas daripada pihak Istana Negara.

Lebih mengejutkan, kiriman hadiah dibalut dalam kotak berwarna kuning itu dikirimkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi status di dalam Instagramnya, Remy berkongsi sebuah video memaparkan beliau dan isterinya mendapat beberapa kotak hadiah daripada Istana Negara.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya tadi.

Remy selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza pada Sabtu lalu dalam satu majlis serba ringkas di sebuah masjid di ibu negara.

Sementara itu, rata-rata peminat Remy turut melahirkan rasa gembira dan teruja atas hadiah yang diterima pasangan pengantin baru itu daripada Istana Negara.

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong, bukalah nak tengok apa di dalam,” kata Hanna Nurieyda.

“Wah! Mesti peminat Remy juga, macam mak Shuib,” seloroh Muhd Azri521.

“Alhamdulilah, bertuahnya, mesti Tuanku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak,” ujar Violetsareblueflorist. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI