fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ujian praktikal perkahwinan yang diadakan di sebuah sekolah menengah di Jakarta. - Instagram

Sekolah buat praktikal berkahwin, pelajar seronok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah sekolah menengah di Jakarta, Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana mengadakan ujian praktikal perkahwinan yang menyerupai majlis resepsi sebenar bagi subjek Pendidikan Islam. 

Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri 78 Jakarta, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @gukar78 menunjukkan beberapa pelajar perempuan mengenakan baju kebaya dan perhiasan untuk kelihatan seperti pengantin. 

Pelajar lelaki yang berperanan sebagai ‘calon suami’ pula memakai sut dan songkok.

Praktikal tersebut menyerupai majlis perkahwinan sebenar kerana dilengkapi perarakan masuk, persembahan silat, kompang, dulang hantaran, akad nikah, sesi bersalaman selepas ‘sah’ dan lain-lain. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 840,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Zaman saya buat praktikal uruskan jenazah,” kata seorang netizen. 

“Tidak ada manfaat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN