fbpx

Pemandu Proton Preve serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian Kemalangan melibatkan kereta Proton Preve yang menyebabkan tiga penunggang motosikal maut di Sitiawan kelmarin.

LUMUT – Pemandu Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan kelmarin menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 38 tahun itu hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung pada pukul 2.50 petang dan dia turut didapati positif dadah jenis methampetamine.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman esok bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan dengan kemalangan tersebut,” ujarnya di sini.

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan – Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan.

Tiga daripada mangsa yang menaiki motosikal maut di tempat kejadian, tiga orang lagi dirawat di Hospital Seri Manjung, seorang dirawat di Hospital Pantai Manjung manakala seorang lagi yang cedera dibenarkan keluar hospital. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI