fbpx

Bahaya lepaskan spesies ikan terlarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (dua dari kanan) semasa melepaskan benik ikan di Sungai Kurau, Kampung Dew dekat Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Tindakan melepaskan spesies ikan terlarang ke dalam tasik atau sungai bukan sahaja menjejaskan habitat dan biodiversiti ikan asli tetapi merubah ekosistem akuatik sedia ada.

Antaranya spesies ikan keli Afrika, pacu dan baung ekor merah termasuklah yang dilepaskan ke sungai melibatkan kepercayaan dan amalan agama tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan negeri Perak, Razman Zakaria, berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perikanan negeri memandang serius perkara tersebut kerana ia bakal menjejaskan sumber akuatik.

“Ikan baung merah atau nama saintifiknya Hemibagrus Wyckioides merupakan ikan pemangsa yang berasal dari Sungai Mekong, Vietnam.

“Jika spesies ikan itu dilepaskan ia akan merosakkan ekosistem di sungai,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan benih ikan baung, lampan dan udang galah di Sungai Kurau, Kampung Dew dan di kolam Tasik Bukit Merah.

Pelepasan benih ikan di kedua-dua lokasi tersebut bertujuan menambah bekalan sedia ada yang secara tidak langsung meningkatkan hasil tangkapan.

Kata Razman, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM175,000 daripada kerajaan negeri dan pusat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI