fbpx

Wanita terus dilamar selepas sedar daripada koma sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viktoria (kanan) berada dalam keadaan koma pada Ogos 2019. - Viral Press

CHICAGO, Illinois – Seorang wanita yang berada dalam keadaan koma akibat penyakit ganjil pada Ogos 2019 terharu apabila dilamar kekasih hatinya selepas dia sedar sebulan kemudian, lapor laman berita Metro UK kelmarin.

Viktoria Cupay disahkan menghidap penyakit ganjil Lupus pada 2016 dan pada 2019 pula, dia disahkan menghidap sindrom Stevens-Johnson dan nekrolisis epidermal toksik yang merupakan penyakit kulit  ganjil, namun boleh membawa maut.

Keadaan tersebut menyebabkan dia menjadi koma, tiga tahun selepas pertama kali didiagnos.

Teman lelaki Viktoria, Nicholas William Baldo yang dipanggil Nick mengambil keputusan untuk melamar wanita itu sebaik sahaja dia tersedar bagi membuktikan cintanya.

Saat indah itu dirakam oleh ibu Viktoria, Greta Cupay menunjukkan Nick memakai pakaian sut perlindungan diri, melamar kekasih hatinya itu di katil pesakit sambil memegang cincin pertunangan.

“Di hospital, saya akan memberitahu Viktoria saya amat menyayanginya dan akan memberikan perkembangan kesihatannya setiap hari,” kata Nick.

Viktoria yang kini sedang pulih berkata,  Nick melamarnya kerana dia tahu proses pemulihan wanita itu akan mengambil masa yang panjang dan dia mahu menemani Viktoria sepanjang proses itu.

“Dia fikir saya tidak akan mampu untuk terus hidup dan mahu saya merasai saat-saat bertunang sekiranya sesuatu berlaku,” kata Viktoria.

Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin tahun depan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI