fbpx

Thailand lepasi angka sejuta kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas kesihatan sedang memberi suntikan vaksinasi Covid-19 kepada seorang lelaki di sebuah pusat beli belah di Bangkok, semalam. – AFP

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesahkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dicatat negara itu kini sudah melepasi angka satu juta, lapor akhbar Bangkok Post, kelmarin.

Pertambahan sebanyak 19,851 kes dalam tempoh 24 jam pada kelmarin telah menyumbang kepada angka kes keseluruhan itu.

Sejak permulaan penularan Covid-19 pada tahun lalu, negara itu mencatat 1,009,710 kes Covid-19 dengan 795,805 daripadanya telah sembuh.

Gelombang ketiga yang bermula pada 1 April lalu pula menyumbang 90 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan 980,847 kes jangkitan.

Sementara itu, angka kematian pula menunjukkan catatan 8,732 kes pada gelombang ketiga dan 8,826 dari permulaan wabak awal tahun lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,558 kematian.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Dr. Apisamai Srirangson, 68 peratus daripada jumlah kematian terbaharu adalah daripada kalangan warga emas yang mudah terdedah terhadap virus maut itu.

“Menerusi laporan yang diterima bermula dari 25 Julai hingga 19 Ogos, terdapat 4,656 kematian Covid-19 dan 63.8 peratus daripadanya ialah mereka yang belum menerima vaksin Covid-19,” jelas Apisamai.

Thailand merupakan antara negara Asia Tenggara yang teruk terjejas akibat gelombang baharu Covid-19, yang menyaksikan kebanyakan kes melibatkan varian Delta.

Sejak April lalu, kerajaan negara itu telah mengenakan perintah berkurung di seluruh Thailand terutamanya di wilayah ibu negara Bangkok yang dipercayai menjadi ‘lubuk’ utama penularan gelombang baharu.

Thailand juga antara negara yang mengesyorkan suntikan vaksin campuran antara Sinovac dan AstraZeneca dalam usaha menghentikan penularan varian Delta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI