fbpx

62 kes baharu varian Delta dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Sebanyak 62 kes baharu Variant of Concern (VOC) varian Delta B.1.617.2 telah dilaporkan di seluruh negara dari 25 Januari lalu hingga hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 7,118 kes.

Daripada 62 kes tersebut, pecahan mengikut negeri ialah Pulau Pinang (40), Kuala Lumpur (7), Pahang (5), Perak (5), Kelantan (3), dan masing-masing satu kes di Kedah dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM) mengesan 46 kes, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC, UM) dengan 15 kes serta Institute of Medical Research (IMR) mengenal pasti satu kes.

“Daripada jumlah kumulatif 7,118 kes tersebut, 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat 6,250 kes varian Delta, 601 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI