fbpx

Ismail Sabri masuk Perdana Putra hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra bagi memasuki Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.

Beliau dijangka membuat persediaan untuk menyampaikan perutusan pertamanya kepada rakyat Malaysia pada pukul 5.30 petang ini, selepas dilantik ke jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan persekutuan semalam.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara semalam bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia itu dibuat di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI