fbpx

Bekas kekasih minta RM1,400, ganti rugi sepanjang berpacaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan antara pemilik akaun dengan bekas kekasihnya yang menagih semula bayaran yang dikeluarkan sepanjang berpacaran. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video di aplikasi sosial TikTok baru-baru ini menjadi tular susulan perkongsian seorang wanita yang mendedahkan bekas teman lelakinya menuntut semula wang berjumlah 4.8 juta rupiah (RM1,412) yang telah dibelanjakan sepanjang mereka bercinta, lapor laman Suara.com semalam.

Dalam video yang dimuat naik itu, wanita tersebut berkongsi perbualannya bersama lelaki tersebut.

“Oh jadi berapa ya jumlah perbelanjaan yang awak keluarkan sepanjang berpacaran dengan saya?” tanya wanita tersebut kepada bekas teman lelakinya itu.

Lelaki itu kemudiannya membalas dengan menyenaraikan pelbagai jenis perbelanjaan yang telah diberikan sepanjang mereka bercinta meliputi belanja makan, minyak kereta dan kos parkir yang secara keseluruhannya berjumlah 4.8 juta rupiah (RM1,412).

“Itu sahaja yang saya minta supaya diganti, bakinya saya ikhlaskan,” demikian balas lelaki itu.

Wanita itu kemudian membayarnya dalam bentuk ansuran sebanyak dua kali. Ansuran pertama berjumlah 3.9 juta rupiah (RM1,147), manakala ansuran kedua dibayar dalam jumlah yang lebih.

“Semalam saya sudah memasukkan 3.9 juta rupiah (RM1,147) bukan? Bakinya satu juta lagi namun saya memasukkan wang berjumlah 1.8 juta rupiah (RM529) lagi. Bakinya awak ambil, sudah selesai ya,” kata wanita tersebut.

Video tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang berharap agar dijauhkan daripada mendapat teman lelaki sebegitu.

“Ya Tuhan, jauhkan saya daripada lelaki sebegini,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI