fbpx
Khairul Shahril menyerahkan sumbangan telefon bimbit secara pandu lalu kepada salah seorang pelajar, semalam.

Telefon pintar, gerobok rezeki bantu pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Sebanyak 50 unit telefon pintar diserahkan kepada pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota menerusi inisiatif Program Tuisyen Cikgu Saarani, semalam.

Penyerahan itu dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muzaffar Shah 1 dan SMK Lambor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed berkata, penyerahan telefon pintar kepada pelajar yang terpilih dilakukan secara pandu lalu bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

“Seramai 20 orang pelajar SMK Muzaffar Shah 1 dan 30 pelajar dari SMK Lambor Kiri menerima telefon pintar masing-masing.

“Kedua-dua pengetua sekolah juga hadir pada majlis penyerahan yang diadakan secara ringkas ini,” ujarnya menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau.

Turut diadakan pada majlis sama ialah pelancaran Gerobok Kongsi Rezeki Sekolah-Sekolah bagi DUN Bota yang juga diadakan di dua buah sekolah tersebut.

Gerobok atau almari makanan yang mengandungi barang keperluan asas ini disediakan khusus kepada warga sekolah, ibu bapa serta para pelajar. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR