fbpx

SPAN potong bekalan air haram di tapak binaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa SPAN memotong bekalan air di sebuah tapak binaan di Damasara Perdana, Petaling Jaya semalam.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertindak memotong bekalan air di sebuah tapak pembangunan blok pejabat 17 tingkat di Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam selepas didapati membuat penyambungan bekalan air tidak sah.

SPAN menerusi kenyataan akhbar berkata, tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sebelum serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan SPAN.

Lokasi tapak pembinaan di Damansara Perdana yang dikesan menjadi lokasi penyambungan bekalan air haram.

Menurutnya, operasi itu dilakukan bagi mencegah aktiviti penyambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang.

“Hasil siasatan di tapak mendapati terdapat satu sambungan bekalan air tanpa melalui meter diambil secara terus daripada paip utama Air Selangor bersaiz 150 milimeter (mm).

“Selain itu didapati satu unit meter tidak sah dipasang bagi mengaburi perhatian awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

SPAN berkata, bekalan air itu digunakan bagi tujuan kerja pembinaan dan penggunaan harian untuk pekerja di lokasi berkenaan.

Katanya, tindakan pemotongan bekalan air dan penyitaan barang kes telah dilakukan serta-merta.

“Pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini akan dipanggil untuk memberi keterangan dan berdepan tindakan perundangan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI