fbpx

Sah! Remy, Ezza kahwin Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remy dan Ezza.

PETALING JAYA – Selepas hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ezza Yusof yang sepatutnya direalisasikan sekitar Aidilfitri lalu terpaksa ditangguhkan, pelakon Remy Ishak, 39, akan menamatkan zaman bujang Sabtu ini.

Menerusi pengumuman dalam satu acara program televisyen di Astro Ria, pemilik nama lengkap, Mohammad Zalimei Ishak itu mengesahkan perkara tersebut.

“Kedua-dua belah pihak dah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada 21 Ogos (Sabtu) ini. Insya-Allah.

“Akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat,” katanya.

Terdahulu, Remy mendedahkan kepada Kosmo! Online, kalau bukan sebab penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, dia sudah bergelar suami kepada Ezza Mei lalu.

Kata Remy, dia sebenarnya telah membuat perancangan awal untuk menikahi bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Mei lalu, iaitu selepas sambutan Aidifitri sempena menyambut bulan kemenangan bagi umat Islam.

“Sebenarnya saya patut berkahwin tahun ini tetapi pandemik kacau. Kemudian, tidak lama menjelang hari perkahwinan yang telah ditetapkan, PKP disambung kembali dan menyebabkan perancangan itu tertangguh sehingga sekarang.

“Saya pun nak kahwin masa bulan Syawal sempena orang cakap, meraikan hari kemenangan Islam. Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Azza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang namun bercantum kembali.

“Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar dari kehendak kami,” kata Remy kepada Kosmo! Online.

Hujung Mac lalu, pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi bekas tunangnya Ezza dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali berputik. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI