fbpx

Projek naturalisasi FAM tangguh buat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE PAULA yang dikritik teruk susulan aksi kurang menyengat sebelum ini, namun masih mendapat kepercayaan Cheng Hoe selepas tersenarai dalam panggilan ke latihan pusat skuad kebangsaan.

TIADA tambahan pemain dalam projek naturalisasi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk menangguhkan projek tersebut buat sementara waktu.

Keputusan itu diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas ia dipersetujui dalam Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 yang berlangsung semalam.

Kata Hamidin, projek naturalisasi itu akan diteliti semula oleh tiga jawatankuasa termasuk Teknikal dan Belia yang dike­tuai Datuk S. Sivasundaram, Datuk Yusoff Mahadi (Naturalisasi) serta Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan.

Selepas menerima laporan daripada ketiga-tiga jawatan­kuasa berkenaan, barulah FAM akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau tidak projek tersebut.

“Projek naturalisasi ini men­jadi isu yang mana ada sebahagian peminat yang menyokong serta tidak menyokong. Bagaimanapun, naturalisasi ini adalah perkara yang dibenarkan FIFA.

“Mesyuarat memutuskan untuk menangguhkan projek naturalisasi buat sementara waktu dan akan diteliti oleh tiga jawatankuasa tersebut sebelum di­bincangkan semula.

“Saya fikir ia mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk diperhalusi. Selepas itu, kita akan buat keputusan sama untuk teruskan atau tidak,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, keputusan itu hanya tertakluk kepada FAM sahaja dan kelab-kelab Liga Malaysia tidak berdepan halangan untuk menaturalisasikan pemain.

Setakat ini, hanya dua pemain naturalisasi direkrut FAM iaitu Guilherme de Paula serta Liridon Krasniqi, sementara proses naturalisasi Mohamadou Sumareh diuruskan Pahang.

“Buat masa ini, hanya dua pemain itu sahaja dan tiada penambahan. Mengenai tambahan ­kuota, mungkin ia akan difikirkan, itu pun jika projek ini dite­ruskan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI