fbpx

Mawar Rashid terima mesej permohonan maaf wanita cemburu dengannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR menerima kiriman mesej daripada seorang wanita yang memohon maaf kerana pernah berasa cemburu dan bercakap tidak baik tentangnya.

PETALING JAYA – Memaafkan mungkin kedengaran mudah, namun hakikatnya perbuatan tersebut sangat sukar untuk dilakukan manusia.

Enggan lagi hidupnya terdorong dengan sikap sebegitu, pelakon Mawar Rashid memilih untuk memaafkan semua orang yang pernah berbuat silap terhadapnya.

Tindakan tersebut dilakukan Mawar, 26, selepas dia tiba-tiba menerima kiriman mesej peribadi (DM) dalam Instagram daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

Dalam mesej tersebut, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai perasaan tidak baik terhadap Mawar kerana berasa cemburu apabila suaminya kerap memuji pelakon itu.

“Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar. Saya pernah kata bukan-bukan pada Mawar sebab suami saya suka puji awak. Jadi saya cemburu. Saya pun cakap bukan-bukan tentang Mawar.

“Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dosa pada awak. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar. Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan dunia dan akhirat. Saya bodoh, saya lupa Allah,” tulis wanita berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, dia sejujurnya berasa sangat cemburu dengan Mawar kerana pelakon itu sudah berhijab dan pandai mengaji, sedangkan dirinya tidak begitu.

“Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali.

“Saya malu pada Allah tapikenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar,” katanya lagi.

Membalas kiriman mesej berkenaan, Mawar berkata, dia sedia memaafkan wanita itu selain turut mendoakannya dapat berubah ke arah yang lebih baik.

“Hai sayang. Tak apa, Mawar maafkan. Tak kenal maka tak cinta kan. Bagus, niat dah ada. Teruskan saja, manalah tahu awak lebih bagus daripada saya kan. Insya-Allah semoga kita kekal istiqamah, amin,” jawabnya.

Kongsi isteri kepada Raf Yaakob itu, dia sebenarnya banyak menerima kiriman mesej sebegitu dan bersyukur kerana Tuhan menjentik mereka untuk menerima hidayah dan berani memohon maaf.

“Bagi saya, sedar salah silap kita adalah satu perkara yang sangat berharga. Saya maafkan semua yang pernah buat silap dengan saya okey. Semua manusia tak sempurna.

“Saya faham kalian dan tahu semua orang baik-baik. Tapi iyalah, kita semua kan tak sempurna. Paling penting, kita semua sentiasa nak jadi orang baik-baik. Insya-Allah, kita banyak doa untuk satu sama lain juga okey,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI