fbpx

Lima kampung ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tebing sungai di Sungai Badak yang runtuh akibat banjir kilat petang tadi.

SUNGAI PETANI – Sebanyak lima buah kampung membabitkan dua mukim di daerah Kuala Muda dilanda banjir kilat setinggi 1.5 meter dalam kejadian hujan lebat pada petang tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata, dua buah mukim yang dilanda banjir kilat itu ialah mukim Gurun melibatkan melibatkan Kampung Baru Gurun, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas.

Katanya, mukim Merbok pula melibatkan Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu.

Anggota APM memantau kawasan yang dilanda banjir di daerah Kuala Muda.

Beliau berkata, hujan lebat selama lebih satu jam di kawasan Sungai Merbok dan sekitar kawasan tadahan air Tupah, Gunung Jerai mengakibatkan limpahan air banjir di kawasan kampung berdekatan.

Katanya, setakat ini seramai 27 orang mangsa daripada tujuh buah keluarga telah dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan iaitu di Surau Taman Gurun Jaya dekat sini, dan di sebuah rumah di Kampung Sungai Badak 3 yang dibuka pada pukul 6 petang tadi.

“Jumlah mangsa yang tidak berpindah dan jumlah kerugian masih dalam bancian dan keadaan hujan kini renyai-renyai dan air semakin surut,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI