fbpx

433 pengusaha spa, PUK terima bantuan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTAC

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada pengusaha spa dan pusat urutan kaki (PUK) dalam menghadapi wabak pandemik Covid-19.

Bantuan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu dijangka bakal memberi manfaat kepada 433 pengusaha Spa dan PUK.

MOTAC menerusi kenyataan akhbar berkata, pengusaha spa dan PUK berkenaan hendaklah bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf oleh MOTAC iaitu Association of Malaysian Spas (AMSPA) dan Malaysian Association of Wellness & Spa (MAWSPA).

“MOTAC menyeru semua pengusaha spa dan PUK yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MOTAC berkata, borang permohonan secara dalam talian, syarat permohonan dan maklumat berkaitan boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai esok.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 September depan,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI