fbpx

Jakim komited bantu usahawan industri halal tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa pihaknya komited membantu usahawan kecil industri halal di negara ini mengembangkan perniagaan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, usaha itu dijalin melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi merancakkan perkembangan industri halal tempatan.

“Ini khususnya melibatkan usahawan bumiputera terutama luar bandar agar mereka juga berpeluang untuk melebarkan sayap bisnes ke ruang lingkup yang lebih luas,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat Bersama Agensi Pembimbing Usahawan di Malaysia secara dalam talian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama strategik merentasi banyak pihak itu dapat membantu pembangunan usahawan dan mengenal pasti permasalahan dihadapi mereka.

“Tumpuan utama persidangan ini adalah untuk membangunkan industri kecil dan mikro lengkap dengan pakej produk bersama Pensijilan Halal Malaysia (PHM),” jelas Abdul Aziz dalam acara berkenaan anjuran Bahagian Pengurusan Halal Jakim dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI