fbpx

Tiada kesan air mani pada barang kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada kesan air mani ditemui pada pakaian, keratan tilam dan mop yang diambil dari rumah bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong.

Pengarah DNA Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Nor Aidora Saedon berkata, keputusan itu berdasarkan ujian asid phosphosate (AP) ke atas bahan bukti berkenaan.

“Saya telah menjalankan ujian AP ke atas beberapa tompokan yang telah ditanda pada pakaian bagi mengenal pasti kehadiran air mani dan keputusan ujian itu menunjukkan tiada kesan air mani dijumpai.

“Bagi mop pula, sekiranya ada kesan air mani di situ, ia juga tidak dapat dikesan dengan ujian AP,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Azalina Rashdi di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini.

Nor Aidora yang merupakan saksi pendakwaan ke-17 memberitahu, AP merupakan ujian yang sahih bagi mengenal pasti air mani.

Bagaimana pun katanya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ujian tersebut tidak dapat mengesan.

“Satu, tiada air mani (pada barang kes), kedua, sekiranya ada, air mani itu mungkin telah dibasuh dengan bersih dan ketiga, air mani itu mungkin terlalu sedikit dan telah mengalami degradasi akibat suhu melampau dan kelembapan yang tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI