fbpx

Kebakaran ancam Baitulmuqaddis, 10,000 penduduk Israel berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman api marak dan asap tebal di sebelah barat Baitulmuqaddis, semalam. - Ariel Kedem / Israel Nature and Parks Authority

BAITULMUQADDIS – Hampir 10,000 penduduk Israel yang tinggal berdekatan Baitulmuqaddis terpaksa berpindah keluar apabila kebakaran hutan terbesar di pinggir kota tersebut menjadi  semakin marak petang semalam, lapor akhbar Times Of Israel.

Setakat petang semalam,  pasukan bomba masih bertungkus-lumus mengawal api sehingga waktu malam bagi memastikan kebakaran tidak merebak dengan lebih meluas.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet yang meluangkan masa mengunjungi lokasi kebakaran memberitahu,  pihak berkuasa akan dapat  memadamkan kebakaran itu, namun ia mengambil sedikit masa.

“Ia belum berakhir sebelum kebakaran ini sudah dipadamkan sepenuhnya,” ujar Bennet.

Komander Daerah Bomba dan Penyelamat Baitulmuqaddis, Nissim Twito berkata,  terdapat 60 hingga 70 pasukan bomba bersama 12 pesawat serta helikopter dikerahkan ke lokasi bencana.

Seorang pegawai bomba dan penyelamat yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu bahawa kebakaran besar itu mungkin disebabkan perbuatan manusia. 

Pegawai itu bagaimanapun tidak pasti adakah kebakaran itu disebabkan khianat atau kecuaian lain.

Insiden kebakaran hutan ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam bulan ini di Baitulmuqaddis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI