fbpx

Diva AA dedah buat laporan polis terhadap Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIVA AA atau Azwan Ali mendedahkan satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang selebriti wanita dipercayai Rozita Che Wan.

PETALING JAYA – Kemelut antara pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bersama pelakon wanita, Rozita Che Wan semakin berpanjangan apabila Azwan membuat laporan polis tentang pelakon tersebut yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya.

Perkara itu dikongsi sendiri Diva AA apabila dia memuat naik foto laporan polis yang dibuat dalam akaun Twitternya hari ini.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Diva AA menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya sebelum adalah berunsur fitnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni.

“Report polis done (laporan polis telah dibuat), kes fitnah dan ugutan bunuh. Sekarang percayakan pihak polis,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Dalam satu laporan media sebelum ini menyebut, Diva AA bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM5 juta kepada selebriti wanita terbabit kerana didakwa telah memfitnahnya.

Ujar Diva AA, dia bertindak mengemukakan saman tersebut selepas selebriti itu mengaitkan kemewahan yang dimilikinya dengan seorang menteri yang juga abang kandungnya.

Terdahulu, pertelingkahan antara bekas pengacara program hiburan Lagu Cinta Kita itu dengan Rozita atau mesra disapa Che Ta tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaiannya yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan.

Terkejut dilemparkan teguran sedemikian rupa oleh rakan dalam industri, Che Ta kemudiannya bertindak memulangkan paku buah keras dengan menempelak bahawa individu seperti Diva AA atau Azwan Ali tidak sepatutnya wujud di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI