fbpx

Barisan Menteri Kabinet mula tiba hadiri mesyuarat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Beberapa Menteri Kabinet dilihat mula tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet, dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi ini.

Mula tiba adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kira-kira pukul 9.30 pagi diikuti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Turut tiba Menteri di Jabatan Menteri Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan, Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira pukul 10 pagi ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI