fbpx

Wanita cedera ditikam pada paha dalam cubaan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera akibat ditikam pada paha kanan oleh seorang lelaki yang cuba melarikan beg miliknya dalam satu cubaan samun semalam. Foto MEDIA SOSIAL

GOMBAK – Seorang wanita cedera ditikam pada paha kanannya dalam satu cubaan samun di Jalan 10, Taman Greenwood di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan tentang satu kejadian ragut pada pukul 4.24 petang melibatkan mangsa seorang wanita warga tempatan.

“Wanita berkenaan masih dalam keadaan trauma namun menurut abang mangsa, adiknya itu ada menghubunginya memaklumkan bahawa seorang lelaki tidak dikenali telah membuka pintu kereta yang dipandunya seorang diri dan cuba mengambil begnya.

“Susulan kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan akibat tikaman pisau pada bahagian paha kanan dan telah dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zainal Mohamed, mangsa kini masih berada di Zon Merah namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan atau menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Azrul Mustafa di talian 03-6126 2222,” ujar beliau.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI