fbpx

Kampung Orang Asli Terisu di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 29 Ogos ini melibatkan Kampung Orang Asli Terisu di Pos Terisu dalam Daerah Cameron Highlands.

Pos berkenaan mengandungi sejumlah 1,200 penduduk suku kaum Semai dari 313 keluarga yang termasuk membabitkan Kampung Sungai Getan, Kampung Telimau dan Kampung Jarik.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lapan lagi lokaliti di sekitar Sabah turut dilaksanakan PKPD meliputi Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat; Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud; Perumahan Ladang Excellent Challenger II, Beluran; Pekan Donggongan, Penampang; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau serta Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau.

“Satu lokaliti di negeri tersebut yang sepatutnya tamat PKPD hari ini disambung lagi iaitu Kampung Darau, Menggatal, namun tujuh lagi lokaliti di negeri itu berakhir PKPD seperti dijadualkan antaranya Kampung Tinusa 2, Sandakan; Kampung Klias Baru dan Kampung Melulugus, Beaufort serta Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Rakyat Baru dan Kuarters Imbas Jaya di Kota Kinabalu.

“Turut ditamatkan dua lokaliti dalam Daerah Rompin, Pahang iaitu Bandar Melati dan Ladang Senang selain Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Daerah Petaling, Selangor yang berakhir awal hari ini berbanding sepatutnya 19 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI