fbpx

Dua minggu mandi air hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah menunjukkan tangki yang digunakan tadahan air hujan untuk keluarganya mandi di Taman Sri Keranji, Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Kira-kira 200 orang penduduk yang tinggal di 50 buah rumah di Taman Sri Keranji, Pasir Tumboh di sini berdepan detik sukar ketika ini apabila bekalan air bersih ke kawasan rumah mereka terputus bekalan air sejak dua minggu lalu.

Lebih mengecewakan penduduk apabila tangki statik disediakan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di kawasan itu bagi memberi penyelesaian sementara turut sentiasa kering.

Seorang penduduk, Jamilah Baharuddin, 58, berkata, kea­daan itu menyebabkan dia terpaksa menadah air hujan menggunakan empat buah tangki di kawasan rumah untuk mandi.

Ujarnya, ia merupakan satu-satunya langkah yang ada apabila tangki statik yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah­nya itu tidak lagi menjadi sumber alternatif penduduk setiap kali berlaku gangguan bekalan air.

“Saya yang menghidap penyakit saraf perlu berjalan ke tangki tersebut semata-mata mahu mengambil air. Apabila sampai, saya amat kecewa kerana tiada air keluar dari tangki itu.

“Lebih tertekan, apabila pihak AKSB memberi alasan bahawa air perigi mereka sudah kering sehingga tidak dapat menghantar air ke tangki statik di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di sini semalam.

Menurut Jamilah, dia amat kecewa dengan jawapan itu lebih-lebih lagi rumahnya sudah terputus bekalan air sejak dua minggu lalu sehingga menyukarkan urusan seharian ahli keluarga.

Katanya, dia menggunakan perkhidmatan air AKSB sejak tujuh tahun lalu dan tidak pernah berdepan sebarang masalah terputus bekalan.

“Kekerapan bekalan air putus bermula pada tahun ini dan keadaan itu memberi kesan kepada penduduk,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI