JAKARTA – Seorang pemandu teksi di Indonesia berdepan detik menyeramkan apabila penumpang yang dibawanya mengaku mempunyai anak ghaib dan akan membayar tambang, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang penumpang lelaki berusia duduk di tempat duduk belakang.
Apabila diminta untuk membayar tambang teksi berjumlah 80,000 rupiah (RM18), penumpang terbabit mengatakan anaknya yang ghaib akan melakukan pembayaran.
“Mana anaknya?” tanya si pemandu teksi.
“Tidak kelihatan,” jawab penumpang itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bawa dia semula ke lokasi yang diambil,” kata seorang netizen. – AGENSI














