fbpx

Tembakan: Polis sedang kenal pasti saksi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUDM Kota Samarahan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses mendapatkan keterangan saksi berhubung kejadian tembakan yang mengakibatkan kematian empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya kini masih dalam proses mengenal pasti dan merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kenyataan memandangkan siasatan berhubung kejadian masih dilakukan dan pihak polis kini sedang dalam usaha mengenal pasti saksi kejadian untuk dirakamkan percakapan.

“Selain mengesan saksi, pihak polis turut merampas selaras rifal jenis Colt M4 yang dipercayai digunakan suspek untuk menembak tiga rakan sekerja sebelum menembak diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan siasatan awal mendapati si penembak tidak mempunyai sebarang masalah dalam pergaulan seharian dengan rakan sekerja.

“Maklumat awal yang kita peroleh mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang masalah pergaulan dengan rakan sekerja, namun siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian sedang dijalankan,” ujar beliau. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI