fbpx

Lee Kwang-soo buang skru dalam buku lali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE KWANG-SOO

BEKAS bintang popular Running Man, Lee Kwang-soo bakal menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semula skru yang ditanam di bahagian buku lalinya sebelum ini.

Kwang-soo, 36, membuat pendedahan tersebut ketika muncul sebagai tetamu dalam program hiburan My Little Old Boy baru-baru ini.

“Saya merancang untuk jalani pembedahan bulan depan dan akan teruskan terapi fizikal selepas itu.

“Saya tidak dapat fokus terhadap pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

“Saya akan jalani pembedahan mengeluarkan skru dan akan tumpukan perhatian terhadap proses pemulihan selepas ini,” katanya.

Kwang-soo menjalani pembedahan buku lali kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 16 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Running Man selepas 11 tahun bersama bagi memberikan fokus terhadap proses pemulihannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI