fbpx

KPM perlu ada SOP terperinci sebelum buka sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Satu prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas dan terperinci perlu dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dibuka 1 September depan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan Negeri Sembilan menyokong pembukaan sekolah secara bersemuka itu tetapi perlu mengambil kira peningkatan kes jangkitan harian dan kemunculan mutasi berbahaya seperti varian Delta dan Lambda.

“Saya amat menyokong usaha kerajaan untuk membuka semula sesi persekolahan tetapi apakah SOPnya?

“Beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mengelakkan penularan jangkitan lebih teruk melibatkan pelajar sekolah walaupun kes Covid-19 melibatkan kluster di sekolah tidak seramai kluster lain tetapi kalau boleh dielakkan dengan wujudnya varian baharu seperti Delta dan Lambada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Sembilan 2021.

Menurut Aminudin, Kementerian Pendidikan (KPM) harus memastikan para pelajar divaksin terlebih dahulu walaupun kita sedia maklum sesi persekolahan secara bersemuka ditetapkan secara berperingkat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI