fbpx

Jumlah kematian meningkat 10.1 peratus suku kedua tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PUTRAJAYA – Jumlah kematian di Malaysia bagi suku kedua tahun ini meningkat 10.1 peratus kepada 44,307 orang berbanding 40,241 orang pada suku sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, sejumlah 25,216 kematian adalah lelaki manakala 19,091 kematian melibatkan perempuan.

Beliau berkata, bagi tempoh sama juga, sebanyak 3,898 kematian akibat Covid-19 direkodkan iaitu meningkat 78 kematian berbanding suku sama tahun lalu.

Menurutnya, data juga menunjukkan kematian tertinggi akibat Covid-19 dicatatkan bagi kumpulan umur 65 hingga 69 tahun diikuti kumpulan umur 70-74 tahun.

“Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu 1,236 kematian manakala Putrajaya merekodkan kematian terendah iaitu hanya empat kematian.

“Secara keseluruhan, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi bagi suku kedua tahun ini iaitu 6,818 kematian (15.4 peratus) manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 53 kematian (0.1 peratus),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup bagi suku kedua tahun ini menurun sebanyak 4.4 peratus (111,573 kelahiran), berbanding 116,688 kelahiran bagi suku sama tahun lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI