fbpx

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin .

PETALING JAYA – Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011 dengan 93.0 peratus item dalam kumpulan ini merekodkan kenaikan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada 93.0 peratus item yang meningkat dalam kumpulan makanan, 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada lima peratus, 37.7 peratus meningkat antara lima hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus meningkat lebih daripada 10 peratus.

Katanya, makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus dan 5.1 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

“Subkumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022 disebabkan permintaan tinggi pada musim perayaan.

“Ia diikuti oleh kenaikan sayur-sayuran (8.1 peratus); susu, keju dan telur (8.0 peratus); ikan dan makanan laut (4.3 peratus) serta minyak dan lemak (3.7 peratus),” katanya dalam kenyataan Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei 2022 hari ini.

Ujarnya lagi, kenaikan ketara bagi makanan di luar rumah dalam dilihat bagi nasi berlauk (8.3 peratus), roti canai (7.8 peratus), makanan berasaskan mi (5.7 peratus) dan masakan ayam (5.1 peratus). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI