fbpx

Lelaki cedera ditikam di belakang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kes tikam di kawasan PKPD Bukit Malut berjaya ditahan selepas kejadian pada malam semalam.

LANGKAWI – Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera akibat ditikam pada bahagian belakang badan dalam kejadian di kawasan penempatan Bukit Malut di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang membonceng sebuah motosikal ditunggang rakannya dibaling kayu oleh seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, rakan mangsa kemudian memberhentikan motosikal sebelum suspek pergi ke arah mereka lalu mengeluarkan sebilah pisau dapur.

“Suspek berusia 27 tahun seterusnya bertindak menikam belakang badan mangsa sebanyak dua kali lalu melarikan diri. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Maliha di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek berjaya ditahan penduduk kampung dan dibawa ke subtek polis PKPD Bukit Malut seterusnya tangkapan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI