fbpx

Hasrat Harimau Malaya beraksi tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa pada Ogos dan September belum dapat dilakukan susulan ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan.

HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada awal bulan depan tidak kesampaian sehingga terpaksa memberi tempoh kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Liga Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas memutuskan untuk memulangkan semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan pada 30 Ogos hingga 7 September Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, permohonan pihaknya untuk mengadakan dua perlawanan antarabangsa di negara ini membabitkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan.

“Kami berusaha untuk mengatur dua perlawanan antarabangsa dalam tempoh jendela FIFA itu tetapi sehingga ke hari ini, masih belum mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan.

“Disebabkan itu, negara-negara antarabangsa lain yang terlibat tidak dapat menunggu lagi kebenaran yang perlu diperoleh daripada FAM dan mereka terpaksa membuat keputusan untuk membuat perancangan lain bagi pasukan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Stuart mengakui pihaknya sudah mengalihkan tumpuan untuk melakukan persediaan awal untuk mendapatkan pasukan lawan baharu bagi jendela perlawanan antarabangsa FIFA berikutnya iaitu dari 4 hingga 12 Oktober depan.

“Fokus FAM kini adalah melakukan perancangan bagi kalendar FIFA berikutnya iaitu dari 4 hingga 12 Oktober sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2020 pada Disember ini.

“Justeru, kami berharap agar permohonan kali ini mendapat perhatian dan kelulusan awal daripada pihak berkuasa,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara bersaing secara kompetitif adalah pada kempen kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jun lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI