fbpx
SITI SARAH meninggal dunia pagi tadi.

‘Bidadari syurga saya telah pergi buat selama-lamanya’.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – ‘Pukul 5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021, bidadari syurga saya telah pergi buat selama-lamanya.’

Itu yang tertulis dalam perkongsian Shuib Sepahtu dinihari tadi tentang pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin, 37.

“Mohon sedekah al-Fatihah,” tulis Shuib atau nama sebenarnya Shahmira  Muhammad.

Sehingga kini urusan jenazah dan pengebumian masih belum diperincikan.

Sarah menghembuskan nafas terakhir setelah tiga hari ditidurkan sejak petang Jumaat lalu untuk memberi laluan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang berusia lapan  bulan.

Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011dan dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. K! ONLINE

POPULAR